AGENDA

343 peserta dari 67 agensi sertai latih amal, simulasi banjir negeri

28 Sep 2022, 6:46 AM
343 peserta dari 67 agensi sertai latih amal, simulasi banjir negeri
343 peserta dari 67 agensi sertai latih amal, simulasi banjir negeri

SHAH ALAM, 28 SEPT: Sebanyak 67 agensi membabitkan 343 peserta terlibat dalam Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini.

Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Muhamad Shah Osmin berkata inisiatif itu bertujuan memastikan semua agensi terlibat bersiap sedia dari aspek perkhidmatan, peralatan dan aset bagi menghadapi apa jua bencana.

[caption id="attachment_542117" align="alignright" width="500"] Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Muhamad Shah Osmin memberi taklimat pengurusan bencana ketika Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 28 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Menjadi hasrat Kerajaan Negeri sekiranya berlaku bencana, kita bersiap sedia dan dilengkapi dengan peralatan dan aset dalam menguruskan apa jua bencana.

"Oleh demikian, sesi ini dilaksana dengan memfokuskan kepada pengurusan komunikasi kerana berdasarkan kajian dan pemeriksaan lalu mendapati elemen ini penting dalam pengurusan sesuatu insiden," katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan latihan dan simulasi menghadapi bencana banjir dianjurkan bagi mendedahkan agensi terlibat kepada tanggungjawab menggerakkan operasi mencari dan menyelamat, pembukaan bilik gerakan dan bantuan.

“Kita lebih bersedia kali ini jika berlaku banjir dengan peralatan dan sebagainya berbanding kejadian lalu misi sedikit lewat.

"Kini kita belajar daripada pengalaman untuk tambah baik jika berlaku banjir termasuk bagaimana proses amaran dibunyikan,”katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619