AGENDA

Negeri sedia 796 pusat pemindahan sementara, boleh tampung 151,000 mangsa bah

28 Sep 2022, 6:01 AM
Negeri sedia 796 pusat pemindahan sementara, boleh tampung 151,000 mangsa bah

SHAH ALAM, 28 SEPT: Sebanyak 796 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diselia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh menampung 151,000 mangsa bah ketika Monsun Timur Laut atau air pasang besar.

Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Muhamad Shah Osmin berkata semua PPS itu boleh diaktifkan pada bila-bila masa mengikut keperluan.

"PPS ini terletak di seluruh Selangor dan terbahagi kepada tiga kategori iaitu besar, sederhana dan kecil mengikut kesesuaian lokaliti serta keperluan di sesuatu kawasan.

"Kita anggarkan pusat ini dapat menampung kira-kira 151,000 mangsa banjir. Ia sedia diaktifkan jika terdapat keperluan dan sah sekiranya libatkan pemberian bantuan kepada mereka," kataya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Tambah Muhamad Shah, sebanyak 12 PPS aktif iaitu di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sepang masing-masing diperuntuk RM20,000 untuk penambahbaikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Bagi kos penambahbaikan, Nadma memperuntuk PPS yang dikategori aktif untuk pembaikan kecil seperti baiki pintu, tandas dan sebagainya bagi memastikan keselesaan mangsa banjir," katanya.

Nadma melaporkan sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir.

Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan daerah terlibat ialah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala daerah yang tidak disenaraikan ialah Hulu Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619