AGENDA

Dinding konkrit longkang dibina runtuh, buruh warga Rohingya maut

27 Sep 2022, 2:44 PM
Dinding konkrit longkang dibina runtuh, buruh warga Rohingya maut

KUANTAN, 27 SEPT: Seorang pekerja kontrak warga Rohingya maut manakala dua rakannya cedera apabila dinding konkrit longkang yang dalam pembinaan runtuh dan menghempap mereka di Indera Mahkota 15, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.05 petang dan mangsa Mohd Enus Karim Ullah, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera ialah Ellyas Rohsit Ullah, 31, dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44, dengan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

"Siasatan awal mendapati konkrit simen setinggi 2.4 meter  runtuh dan menghempap semua mangsa yang sedang membuat longkang di sebelah konkrit tersebut," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619