AGENDA

Orang ramai akui jualan murah PKPS jimatkan kos barang dapur

27 Sep 2022, 8:10 AM
Orang ramai akui jualan murah PKPS jimatkan kos barang dapur
Orang ramai akui jualan murah PKPS jimatkan kos barang dapur
Orang ramai akui jualan murah PKPS jimatkan kos barang dapur
Orang ramai akui jualan murah PKPS jimatkan kos barang dapur

SUBANG JAYA, 27 SEPT: Program jualan barangan asas murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diakui menjimatkan kos perbelanjaan keluarga.

Abdul Hadi Ahmad, 28, berkata kedatangannya dan isteri ke Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya bagi membeli keperluan dapur yang sudah habis.

[caption id="attachment_541944" align="alignleft" width="348"] Abdul Hadi Ahmad[/caption]

“Ini merupakan kali pertama saya datang ke jualan murah dan agak teruja kerana harganya amat murah dan berbaloi.

“Saya tahu tentang jualan murah ini daripada WhatsApp komuniti dan tidak lepaskan peluang untuk dapatkan barangan pada harga murah,” kata jurujual itu pada program di Rumah Pangsa SS19/7A di sini, hari ini.

Suri rumah, Rohana Abidin, 57, pula berkata beliau membeli telur, ayam, beras dan ikan pada harga RM76 sahaja.

[caption id="attachment_541945" align="alignright" width="348"] Rohana Abidin[/caption]

“Saya baru balik dari kampung dan kebetulan semua barang dapur habis. Saya ambil kesempatan beli barang dan tidak sangka dapat jimat hampir RM50.

“Seharusnya apabila ada jualan murah macam ini masyarakat tidak lepaskan peluang kerana ia banyak beri penjimatan dalam belanja dapur,” katanya.

Manakala pekerja swasta, Ong KL, 73, berkata program ini sangat membantu terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat.

[caption id="attachment_541946" align="alignleft" width="347"] Ong KL[/caption]

“Saya cadangkan program ini diteruskan sebulan sekali supaya dapat bantu masyarakat khusus golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Program JER bermula 6 September sehingga 6 Disember hadapan menawarkan jualan harga barangan makanan pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Menerusi jualan murah ini, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 per pek), minyak masak 5kg(RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619