AGENDA

Mahasiswa rakyat Malaysia ditahan di Mesir dibebaskan

25 Sep 2022, 3:10 PM
Mahasiswa rakyat Malaysia ditahan di Mesir dibebaskan

PUTRAJAYA, 25 SEPT: Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah pun dibebaskan pada petang 24 September.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan malam ini berkata, mahasiswa itu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti tersebut.

Katanya, Kementerian Luar bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur bagi memastikan kebajikan mahasiswa itu terpelihara.

“Kerajaan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini,” katanya.

Saifuddin berkata kementerian sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.

Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia sentiasa peka dan mematuhi undang-undang negara tuan rumah di mana mereka berada.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619