AGENDA

Raja Muda berkenan rasmi program tanam pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa

24 Sep 2022, 8:26 AM
Raja Muda berkenan rasmi program tanam pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa

Oleh Zulaikha Zulkifli

SEMENYIH, 24 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan merasmikan program penanaman pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di sini, hari ini.

Ketibaan Tengku Amir Shah di kaki Bukit Broga diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kasim serta EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian.

Turut serta Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Dato' Mohd Ridza Awang dan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Dato' Ahmad Fadzil Abd Majid.

Dalam majlis sama, baginda turut menyaksikan pelancaran aplikasi program penanaman pokok peringkat Selangor serta menyampaikan hadiah pemenang pertandingan pameran terbaik, sebelum mengadakan lawatan ke tapak pameran.

Raja Muda kemudian berkenan menanam sebatang pokok sebagai simbolik sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri.

Terdahulu, Dato' Menteri Besar ketika berucap sempena program tersebut menyeru semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif untuk menjayakan program penanaman 26 juta pokok.

Amirudin berkata program tersebut penting untuk dilaksana selaras titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang memberi tempoh hingga 2026 untuk menyempurnakan sasaran.

Maklum beliau, sasaran penanaman 26 juta pokok juga selari dengan tempoh 26 tahun pemerintahan Sultan Selangor yang bermula pada 2001.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619