AGENDA

Pembeli rumah projek terbiar tarik nafas lega dibantu Kerajaan Negeri

23 Sep 2022, 11:16 AM
Pembeli rumah projek terbiar tarik nafas lega dibantu Kerajaan Negeri
Pembeli rumah projek terbiar tarik nafas lega dibantu Kerajaan Negeri
Pembeli rumah projek terbiar tarik nafas lega dibantu Kerajaan Negeri

HULU SELANGOR, 23 SEPT: Pembeli perumahan di Kampung Koskan di sini meluahkan rasa syukur selepas Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan lebih RM5.1 juta untuk pemulihan infrastruktur selepas 20 tahun terbiar.

Mereka yang ditemui SelangorKini berterima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana bertindak segera selepas masalah itu disuarakan pada 2019 dengan kelulusan peruntukan pada tahun sama.

[caption id="attachment_541392" align="aligncenter" width="500"] Abdul Aziz Mahmud, 60[/caption]

Wakil penduduk, Abdul Aziz Mahmud, 60, berkata dalam tempoh 20 tahun rumah banglo setingkat yang hanya siap 80 peratus itu mengalami pelbagai kerosakan susulan dipecah masuk dengan tingkap dan wayar elektrik menjadi sasaran pencuri.

"Alhamdulillah rasa lega selepas 20 tahun membuat pembayaran kepada rumah yang tidak boleh diduduki akhirnya dalam tempoh beberapa bulan lagi boleh melihat hasilnya.

"Namun pembeli perlu baik pulih terlebih dahulu kerana Kerajaan Negeri membantu menyediakan infrastruktur. Macam saya sendiri perlu peruntukan RM30,000 untuk baik pulih rumah," katanya yang bercadang memberikan rumah berkenaan kepada anaknya.

[caption id="attachment_541391" align="aligncenter" width="500"] Shamsudin Ab Samad, 61[/caption]

Pesara, Shamsudin Ab Samad, 61, pula berhasrat menjual rumah berkenaan kerana sudah mempunyai rumah lain selain bagi menampung perbelanjaan hari tuanya.

"Selepas bersara saya keluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM80,000 bagi menyelesaikan baki pinjaman bagi mengelak dari dikenakan tindakan dari pihak bank.

"Syukur sangat sebelum ini rasa seperti sia-sia akhirnya Kerajaan Negeri sudi membantu, selepas infrastruktur siap saya mahu baiki rumah ini sebelum menjualnya untuk menampung kehidupan," katanya.

Kedua-dua mereka ditemui selepas bertemu EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar, Rodziah Ismail yang meninjau pelaksanaan projek pemulihan kawasan berkenaan yang melibatkan kos RM5.1 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619