AGENDA

Wanita warga emas maut dipijak gajah liar di Tawau

23 Sep 2022, 7:23 AM
Wanita warga emas maut dipijak gajah liar di Tawau

TAWAU, 23 SEPT: Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan dekat sini pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Dalam kejadian itu suami mangsa selamat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.

"Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan...gajah ini lain, ia tidak memakai kolar," katanya lagi. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619