AGENSI

Kawal pelepasan sisa elak pencemaran sumber air

23 Sep 2022, 4:51 AM
Kawal pelepasan sisa elak pencemaran sumber air

SHAH ALAM, 23 SEPT: Penggiat industri digesa mengawal pelepasan sisa premis bagi mengelakkan insiden yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjelaskan langkah itu juga bagi memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai negeri berterusan untuk kelangsungan bekalan air bersih.

"Kerajaan Negeri dan LUAS juga menyeru kepada semua agar prihatin terhadap kawasan sensitif sumber air negeri terutama sungai dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air," menurut agensi itu di Facebook.

Agensi itu turut menggalakkan masyarakat mengadakan gotong-royong dan pembersihan sungai secara berkala bagi melindungi sungai dan sumber air secara berterusan.

Bermula November 2020, LUAS enggunakan dron berteknologi tinggi dengan spesifikasi industri bagi memantau kawasan sensitif sumber air untuk mengelakkan risiko pencemaran.

Peralatan canggih dikendali syarikat Aerodyne Geospatial Sdn Bhd bagi memantau 31 kawasan berisiko di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih sepanjang masa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619