AGENDA

MB bakal umum peruntukan tambah peralatan, petugas hadapi banjir

22 Sep 2022, 12:12 PM
MB bakal umum peruntukan tambah peralatan, petugas hadapi banjir

SHAH ALAM, 22 SEPT: Dato' Menteri Besar bakal mengumumkan peruntukan khas minggu depan sebagai persediaan negeri ini menghadapi kemungkinan banjir hujung tahun ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu digunakan bagi menambah peralatan seperti bot, jentera dan petugas bagi berdepan Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar.

"Kerajaan Negeri akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan," katanya menerusi Twitter.

Tambah beliau, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah juga diminta untuk memantau keadaan longkang dan sungai.

"KDEB Waste Management (KDEBWM) juga telah dimaklum untuk bersedia terima aduan sekiranya ada longkang yang tersumbat untuk dibersihkan.

"Beberapa projek tebatan juga dalam perhatian," katanya lagi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir.

Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan daerah terlibat ialah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala daerah yang tidak disenarai sebagai ‘hotspot’ ialah Hulu Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619