AGENSI

Tindakan pantas LUAS kawal pencemaran bau di Sungai Gong

22 Sep 2022, 11:41 AM
Tindakan pantas LUAS kawal pencemaran bau di Sungai Gong

SHAH ALAM, 22 SEPT: Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang berlakunya pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang semalam.

EXCO alam sekitar berkata agensi mengesan bau seakan diesel di kawasan Sungai Gong, berjarak hanya 20 kilometer dari LRA tersebut dan persampelan menunjukkan bacaan 2 TON.

Menurut Hee Loy Sian, pihaknya juga mengesan bau yang sama di kawasan hulu sungai terbabit berkemungkinan dari premis industri dengan bacaan 1 TON.

"Siasatan bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mendapati terdapat sisa minyak diesel di dalam saliran longkang sebuah stesen minyak di Taman Bayu Permai," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, langkah pencegahan diambil dengan meletakkan satu unit oil boom di outlet Kolam Takungan Sungai Gong selain empat beg karbon diaktif, empat unit oil boom dan lima unit oil pad di saliran longkang stesen minyak terbabit.

"LUAS juga bersiap siaga melakukan pengepaman air dari kolam alternatif di Bestari Jaya ke sungai bagi tujuan 'flushing' untuk meningkatkan kadar pencairan dan nyahbau," katanya.

Menurut Loy Sian, LUAS mengeluarkan arahan kepada premis terbabit berdasarkan Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 untuk mengalih dan membersihkan aliran air agar pencemaran tidak berulang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619