AGENSI

120 individu sertai Konvoi Merdeka ke Pantai Remis anjuran Team Selangor

22 Sep 2022, 9:40 AM
120 individu sertai Konvoi Merdeka ke Pantai Remis anjuran Team Selangor

SHAH ALAM, 22 SEPT: Seramai 120 individu membabitkan 100 motosikal menyertai Konvoi Merdeka ke Pantai Remis anjuran Team Selangor pada 18 September lalu.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman dalam kenyataan berkata program diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Malaysia.

Menurut beliau peserta dilepaskan dari tiga kawasan berbeza iaitu Kuang, Kajang, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali sebelum tiba di Pantai Remis jam 10 pagi.

"Selain aktiviti konvoi, seramai 55 orang peserta menyertai aktiviti berbasikal secara santai sejauh 20 kilometer.

"Peserta menggunakan laluan kampung sekitar Jeram dengan diiringi koordinator tempatan Team Selangor, anggota RELA dan pihak polis," katanya dalam kenyataan.

Tambah Syahaizel, peserta kemudian melakukan aktiviti membersihkan kawasan Pantai Remis yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

"Sebanyak 100 kilogram sampah berjaya dikutip dan diasingkan untuk proses kitar semula," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619