AGENSI

Harga tiket masuk Selangor Fruit Valley naik RM5 mulai 1 Oktober

22 Sep 2022, 8:39 AM
Harga tiket masuk Selangor Fruit Valley naik RM5 mulai 1 Oktober

SHAH ALAM, 22 SEPT: Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan.

Pusat agro pelancongan itu menerusi Facebook mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan diberikan.

"Perubahan harga ini bagi memastikan SFV dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti serta memenuhi kepuasan pengunjung," katanya di Facebook.

Harga tiket masuk terkini SFV bagi pelancong domestik mulai Oktober ini ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.

Terletak di Bestari Jaya, SFV membabitkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619