AGENDA

Medan selera pusat peranginan dinasihat terus jaga kebersihan

20 Sep 2022, 11:30 AM
Medan selera pusat peranginan dinasihat terus jaga kebersihan
Medan selera pusat peranginan dinasihat terus jaga kebersihan

KUALA LANGAT, 20 SEPT: Pengusaha medan selera di pusat peranginan sekitar daerah ini dinasihat terus menjaga kebersihan premis dan makanan bagi menggamit lebih ramai pengunjung.

EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Tradisi Borhan Aman Shah berkata selain kelazatan makanan, aspek kebersihan menjadi keutamaan pelancong tempatan mahupun luar.

[caption id="attachment_540955" align="alignleft" width="348"] EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah[/caption]

"Alhamdulillah, saya percaya Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sendiri telah memberi penekanan kepada peniaga supaya mereka mengambil berat soal kebersihan.

"Kita tahu peniaga di medan selera daerah ini mempunyai identiti dan cara masakan tersendiri. Apabila kebersihan serta keenakan juadah diseimbangkan sudah tentu dapat menarik pelancong sama ada dalam atau luar," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penjurian akhir pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat peringkat kebangsaan 2022 di Medan Selera Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua MPKL Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Noor Eliza Mat Radzi.

Terdahulu, 11 gerai makanan di medan selera terbabit dinilai lima juri dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pertandingan akhir kategori A dengan keputusan dijangka diumum pada November.

Dalam pada itu, Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat berkata medan selera yang baharu beroperasi pada 2020 terpilih dalam penjurian akhir buat kali kedua.

“Penganjuran pertandingan ini membuktikan usaha peniaga dihargai dan menjadi pembakar semangat bagi mengekalkan keceriaan di premis masing-masing termasuk menyediakan makanan selamat serta sihat.

“Peniaga diminta terus patuh tatacara pengendalian premis oleh KKM selain syarat pelesenan bagi mengelak dikenakan notis pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619