AGENDA

Jawatankuasa pantau pembangunan Selangor Selatan, tangani isu berbangkit

20 Sep 2022, 8:01 AM
Jawatankuasa pantau pembangunan Selangor Selatan, tangani isu berbangkit

SHAH ALAM, 20 SEPT: Pasukan petugas ditubuh untuk memantau Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) yang direncanakan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata jawatankuasa tersebut bertindak sebagai fasilitator serta penyelaras untuk pelaksanaan projek-projek yang telah dikenal pasti.

“Mereka juga berperanan dalam meneliti penyelesaian isu-isu berbangkit. Proses pembangunan akan dilaksanakan secara mampan dengan tumpuan kepada penjagaan alam semulajadi.

“Jawatankuasa yang ditubuh akan memantau pelaksanaan cadangan pembangunan projek dan memastikan kebajikan penduduk dan kawasan sekitarnya kekal terpelihara,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata Selangor mempunyai misi menggalakkan aktiviti pembangunan dan pelaburan berimpak serta bernilai tinggi di Sepang dan Kuala Langat menerusi IDRISS.

"Pembangunan yang dipacu pelaburan swasta ini mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 trilion.

"Kerajaan Negeri sedaya upaya akan memastikan pembangunan ini terlaksana dengan cemerlang untuk kemakmuran negeri," katanya.

Pada Julai lalu, ketika pembentangan RS-1, Amirudin memaklumkan Sepang dan Kuala Langat bakal menerima tempias ekonomi menerusi IDRISS yang dianggarkan bernilai RM1 trilion merangkumi keluasan 40,000 ekar.

Dua daerah tersebut dikenal pasti bagi pembangunan berasaskan wilayah untuk memastikan pengagihan saksama bagi aktiviti ekonomi di negeri ini.

Pembangunan pelaburan swasta bersepadu di dua daerah itu disokong penyediaan kelengkapan oleh negeri yang turut menyediakan insentif bersama kerajaan pusat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619