AGENDA

Sembilan pelajar sekolah berasrama didakwa cederakan tiga junior

19 Sep 2022, 6:57 AM
Sembilan pelajar sekolah berasrama didakwa cederakan tiga junior

KEMAMAN, 19 SEPT: Sembilan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di sini didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga rakan mereka bulan lepas.

Kesemua mereka berumur 16 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan dengan menumbuk dan menyepak ketiga-tiga mangsa yang berusia 15 tahun di asrama sekolah tersebut pada 11.30 malam, 23 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhani Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Akmal Wahidah Abd Halim.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM2,000 hingga RM5,500 setiap seorang dan menetapkan 12 Okt ini untuk sebutan semula kes.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619