AGENDA

Presiden Taiwan minta rakyat waspada susulan gegaran selepas gempa

18 Sep 2022, 1:40 PM
Presiden Taiwan minta rakyat waspada susulan gegaran selepas gempa

TAIPEI, 18 SEPT: Selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda tenggara Taiwan pada Ahad, Presiden Tsai Ing Wen berkata beliau telah meletakkan Pusat Operasi Kecemasan Pusat pada tahap berjaga-jaga tertinggi berikutan gegaran susulan yang dijangka berlaku.

Tsai menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap bahaya aktiviti seismik yang berterusan, sambil menambah beliau sentiasa menerima laporan daripada agensi yang terlibat dengan tindak balas bencana Taiwan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda tenggara negara itu pada 2.44 petang, menyebabkan kerosakan meluas pada infrastruktur, bangunan dan kenderaan di Hualien dan Taitung.

Sebagai respons, kerajaan pusat menghantar anggota mencari dan menyelamat, kenderaan dan unit anjing dari kawasan lain ke timur Taiwan.

Menurut Pusat Tindak Balas Bencana Daerah Hualien, gempa bumi itu menyebabkan jambatan Gaoliao dan Luntien di kawasan itu runtuh dan Jambatan Yuli turut mengalami kerosakan. - BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619