AGENDA

JKM terima dana hampir RM32 juta, persiapan urus bah seluruh negara

18 Sep 2022, 1:15 PM
JKM terima dana hampir RM32 juta, persiapan urus bah seluruh negara

PASIR MAS, 18 SEPT:  Kerajaan persekutuan dan negeri memperuntukkan hampir RM32 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengurusan bencana banjir di seluruh negara apabila berdepan kemungkinan Monsun Timur Laut tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga telah menyalurkan peruntukan RM140,000 untuk JKM melaksanakan program kesiapsiagaan di seluruh negara.

"Di seluruh negara kita mempersiapkan sebanyak 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) termasuk 442 PPS di Kelantan," katanya selepas merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, di sini, hari ini.

Katanya, JKM juga telah memaksimumkan kapasiti barang keperluan bencana di lapan buah Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB), 193 buah Setor Bencana Negeri, Daerah dan Mini Depoh Kontena serta 518 buah Pangkalan Hadapan. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619