AGENDA

MB: Negeri cakna kebajikan anak istimewa, naik taraf program bersesuaian

18 Sep 2022, 7:44 AM
MB: Negeri cakna kebajikan anak istimewa, naik taraf program bersesuaian
MB: Negeri cakna kebajikan anak istimewa, naik taraf program bersesuaian
MB: Negeri cakna kebajikan anak istimewa, naik taraf program bersesuaian

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Negeri mengutamakan kebajikan anak kelainan upaya (OKU) melalui pelbagai program bantuan Anak Istimewa Selangor (AnIS) sejak empat tahun lalu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan disalur dalam bentuk kewangan dan program pemberdayaan sepanjang tempoh berkenaan.

"Sejak 2018, AnIS memperkasa ibu bapa dan penjaga, pendidik, pengusaha institusi serta badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya memberdayakan untuk lebih mampan dan cakna ketika mendepani cabaran dunia ini.

"Selangor merintis inisiatif membantu anak-anak istimewa agar dapat melestarikan pembangunan dan kemakmuran mereka," tulisnya di Facebook hari ini.

Dalam infografik dikongsikan beliau, sejumlah RM3.36 juta peruntukan disalur tahun lepas bagi melaksanakan AnIS merangkumi bantuan kepada 692 individu selain melatih 2,700 peserta menerusi Akademi AnIS.

Manakala sebanyak 80 pusat Didik AniS dibantu, 26 pelajar diterima di pusat AnIS, 1,200 penerima manfaat bantuan OKU dan 14,006 pengguna mengakses laman sesawang AnIS.

Sementara itu, Amirudin berkata Kerajaan Selangor giat menaik taraf program kebajikan sesuai dengan kemakmuran dan keperluan rakyat.

"Segala usaha jabatan AnIS sangat bertepatan dengan visi Iltizam Selangor Penyayang yang mahu mewujudkan negeri penyayang," katanya.

[caption id="attachment_535975" align="aligncenter" width="694"] Kanak-kanak kelainan upaya mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam ketika tinjauan pada 6 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619