ad
AGENSI

Jualan murah PKPS di sembilan lokasi raih nilai jualan RM216,000 sehari

17 Sep 2022, 12:00 PM
Jualan murah PKPS di sembilan lokasi raih nilai jualan RM216,000 sehari
Jualan murah PKPS di sembilan lokasi raih nilai jualan RM216,000 sehari
Jualan murah PKPS di sembilan lokasi raih nilai jualan RM216,000 sehari

AMPANG JAYA, 17 SEPT: Jualan Ehsan Rakyat (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sembilan lokasi meraih nilai jualan RM216,000 sehari.

Pengurus kanan pemasarannya Mohd Fazir Abdul Latif berkata angka itu diperoleh menerusi jualan 300 unit untuk setiap produk di semua lokasi.

[caption id="attachment_540568" align="alignright" width="377"] Pengurus Kanan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Mohd Fazir Abdul Latif.[/caption]

“Kita bawa 300 unit bagi setiap produk dan jika semua barangan ini habis, setiap kawasan akan meraih jualan RM24,000.

“Kebiasaanya akan habis, kalau tidak pun berbaki sekitar 20 hingga 30 botol minyak masak yang tidak terjual. Ayam, ikan, telur, beras dan daging memang akan habis,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau meninjau program JER di Taman Ampang Indah di sini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Program kendalian PKPS bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

[caption id="attachment_540569" align="aligncenter" width="682"] Kakitangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyusun bekalan beras dan telur ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Lembah Jaya di Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 17 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.