ad
SELANGOR

Pembeli rumah kos rendah lega dapat kunci selepas 26 tahun

12 Sep 2022, 1:43 PM
Pembeli rumah kos rendah lega dapat kunci selepas 26 tahun
Pembeli rumah kos rendah lega dapat kunci selepas 26 tahun
Pembeli rumah kos rendah lega dapat kunci selepas 26 tahun

KUALA SELANGOR, 12 SEPT: Pembeli rumah kos rendah Taman Sungai Yu Indah di sini bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana berpeluang menduduki rumah sendiri selepas menanti selama 26 tahun.

Pesawah Mohamad Noor Soyona, 53 berkata penantian untuk menduduki rumah itu ibarat mimpi menjadi kenyataan kerana dia sebelum ini berputus harap kerana projek itu mengalami pelbagai masalah.

[caption id="attachment_539773" align="alignleft" width="348"] Mohamad Noor Soyona[/caption]

“Saya beli ketika anak dua sekarang anak sudah tujuh, dalam tempoh itu juga saya perlu membuat dua pembayaran iaitu sewa serta pinjaman perumahan.

“Memang perit tetapi Alhamdulilah tahun ini rumah siap dan tahun ini juga pinjaman perumahan ini turut selesai jadi saya dapat masuk rumah ini dengan hati yang tenang,” katanya kepada SelangorKini.

Mohamad Noor adalah antara 10 pemilik rumah menerima kunci yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini.

[caption id="attachment_539774" align="alignright" width="348"] V Shamini[/caption]

Sementara itu V Shamini, 28, melahirkan rasa gembira dalam sedih selepas rumah yang dibeli mendiang bapanya ketika dia berusia dua tahun itu akhirnya dapat diduduki.

“Gembira sebab siap tetapi rasa sedih juga kerana ayah tidak dapat lihat rumah ini, dia memang idam untuk tinggal di sini tetapi meninggal dunia pada 2009.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu memudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.