AGENDA

Delegasi Selangor FC, JDT kongsi idea tingkat kualiti Liga Malaysia

11 Sep 2022, 2:15 PM
Delegasi Selangor FC, JDT kongsi idea tingkat kualiti Liga Malaysia

SHAH ALAM, 11 SEPT: Delegasi Selangor FC mengadakan sesi perbincangan dan perkongsian pendapat bersama delegasi Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selangor FC menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan delegasi tersebut diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah manakala JDT oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Kedua-dua pihak telah menyentuh pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti bola sepak serta Liga Malaysia di samping mengeratkan lagi hubungan kedua-dua kelab," menurut kenyataan tersebut.

Pada 30 Ogos, Raja Muda Selangor menyeru semua penyokong terus bersatu dan tidak mudah berpaling daripada kebersamaan kerana pengaruh unsur luar yang tidak tepat dan ingin memecah-belahkan.

Tengku Amir Shah yang juga Pengerusi Selangor FC bertitah baginda sedar prestasi semasa tidak menyebelahi pasukan itu dan kini pengurusan sedang mengenal pasti kekurangan yang perlu diperbaiki.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619