AGENDA

Skuad bola jaring negara gagal layak Piala Dunia 2023

10 Sep 2022, 2:24 PM
Skuad bola jaring negara gagal layak Piala Dunia 2023

KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Impian skuad bola jaring kebangsaan untuk beraksi pada Piala Dunia 2023 tidak kesampaian apabila kecundang di tangan Singapura 41-54 dalam aksi separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di OCBC Arena, Singapura, hari ini.

Dalam aksi separuh akhir petang tadi, pasukan tuan rumah menampilkan aksi bertenaga dan terus memberi asakan sejak awal permainan dengan mendahului Malaysia 36-33 pada suku ketiga.

Skuad negara yang cuba bangkit daripada ketinggalan pada suku terakhir, bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan apabila menamatkan cabaran dengan 41-54.

Malaysia akan meneruskan cabaran dalam perebutan tempat ketiga berdepan Hong Kong yang tumpas  43-67 kepada Sri Lanka.

Dua pasukan yang mara ke pentas final pada kejohanan ini akan mendapat slot automatik ke Piala Dunia 2023 di Cape Town, Afrika Selatan dari 28 Julai hingga 6 Ogos depan.

Untuk rekod, skuad negara pernah mencipta sejarah muncul Juara Asia buat kali pertama ketika di Thailand pada 2016, manakala kali terakhir skuad negara beraksi di pentas Piala Dunia adalah pada edisi 2011.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619