AGENSI

AnIS pelawa ibu bapa luang masa dua jam buat saringan secara percuma

9 Sep 2022, 5:05 AM
AnIS pelawa ibu bapa luang masa dua jam buat saringan secara percuma
AnIS pelawa ibu bapa luang masa dua jam buat saringan secara percuma

SHAH ALAM, 9 SEPT: Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas meluang masa dua jam bagi melakukan saringan awal secara percuma.

Agensi itu memaklumkan program saringan itu khusus bagi kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan serta tidak pernah menerima rujukan daripada doktor pakar.

"Rumusan laporan oleh sekumpulan pakar pelbagai bidang seperti 'occupational therapy', 'speech therapy' dan doktor akan diberikan kepada ibu bapa bagi tindakan selanjutnya.

"Tujuan utama saringan awal adalah untuk membantu ibu bapa mengenal pasti tahap perkembangan anak serta merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upaya," katanya di Facebook.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/daftarsaringan

Dato' Menteri Besar sebelum ini memaklumkan sebanyak RM3 juta diperuntuk bagi melaksanakan pelbagai inisiatif menerusi AnIS pada tahun 2022.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata antara usaha dilaksanakan adalah menubuhkan Akademi AnIS selain memberi bantuan kewangan untuk menjayakan program Didik AnIS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619