AGENSI

Kod QR dilancar, permudah akses kedudukan terkini Selangor dalam SUKMA

9 Sep 2022, 2:04 AM
Kod QR dilancar, permudah akses kedudukan terkini Selangor dalam SUKMA

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kerajaan Negeri melancar kod QR sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 bagi memudahkan rakyat mengetahui kedudukan terkini Selangor dalam temasya sukan berkenaan.

Dato' Menteri Besar berkata aplikasi itu boleh diakses di semua tempat untuk mengetahui keputusan harian untuk kontinjen negeri.

"Dengan adanya kod QR ini, ia boleh diakses di mana-mana untuk mengetahui kedudukan terkini SUKMA yang berlangsung dari 16 hingga 24 September ini.

"Selain itu, mereka juga boleh melihat jadual harian dan sukan disertai kontinjen Selangor termasuk lokasi pertandingan," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan bendera Kontinjen Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Generasi Muda & Sukan Selangor di sini semalam.

Turut berlangsung penyerahan watikah lantikan ketua kontinjen dan timbalan ke temasya sukan itu kepada EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman serta Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon.

Pada temasya kali ini, Selangor menyasarkan berada pada kedudukan tiga teratas dengan sasaran 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20 yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619