AGENDA

Hasil negeri untuk rakyat, Selangor adil jaga kebajikan semua

9 Sep 2022, 1:19 AM
Hasil negeri untuk rakyat, Selangor adil jaga kebajikan semua
Hasil negeri untuk rakyat, Selangor adil jaga kebajikan semua

SHAH ALAM, 9 SEPT: Selangor memiliki 42 program berorientasikan rakyat menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bagi memelihara kebajikan penduduk negeri ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha itu menunjukkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memenuhi kehendak rakyat mengikut keperluan semasa.

"Kerajaan Negeri mengamalkan sikap adil dan saksama bagi melindungi semua lapisan masyarakat.

"Sepenuh komitmen diberi untuk membantu masyarakat dari segenap aspek termasuk ekonomi, sosial dan pendidikan tanpa ada yang tertinggal," katanya di Facebook.

Beliau menambah Selangor juga sentiasa beradaptasi dengan pelbagai cabaran supaya kekal maju dan tahan uji sekali gus mampu mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

Amirudin menjelaskan usaha tersebut juga terbukti menguntungkan apabila Selangor kekal penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

ISP meliputi 12 program kebajikan keluarga, kesihatan (10), pendidikan (lapan), perumahan (tujuh) dan pekerjaan (lima) dengan peruntukan lebih RM600 juta.

Selain memperkenal program baharu untuk kebajikan rakyat, inisiatif berkenaan turut ditambah baik daripada manfaat sedia ada mengikut golongan sasaran.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619