AGENDA

SUKMA: Selangor sasar kedudukan tiga teratas dengan 40 pingat emas

8 Sep 2022, 1:00 PM
SUKMA: Selangor sasar kedudukan tiga teratas dengan 40 pingat emas

SHAH ALAM, 8 SEPT: Selangor menyasarkan berada pada kedudukan tiga teratas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Dato' Menteri Besar berkata untuk berada pada kedudukan itu Selangor meletakkan sasaran 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, sasaran itu ditetapkan berdasarkan konsistensi dan perkembangan semasa atlet-atlet serta mempertimbang faktor-faktor luaran yang boleh menyumbang kepada kejayaan.

"Setiap pasukan bertanding mempunyai peluang sama rata dan percaya kita boleh dan mempunyai keupayaan itu. Majlis Sukan Negeri (MSN) sangat konservatif dan sasaran ditetapkan realistik walaupun perkiraan jurulatih Selangor dapat angka lebih.

"Kita tiada mana-mana sasaran tetapi secara lazimnya seperti kejohanan sebelum ini, renang masih menjadi tumpuan, sukan olahraga, basikal, memanah dan menembak boleh menyumbang pingat emas," katanya hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penyerahan bendera Kontinjen Selangor di Kompleks Generasi Muda & Sukan Selangor di sini.

Turut berlangsung penyerahan watikah lantikan ketua kontinjen SUKMA ke-20 kepada EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon sebagai timbalan ketua kontinjen.

Dalam majlis tersebut, seramai 30 Ahli Dewan Negeri (ADN) turut dilantik sebagai bapa-bapa angkat pasukan SUKMA yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619