AGENDA

Selangor pilihan syarikat aeroangkasa luar teroka pelaburan sejak 2020

8 Sep 2022, 10:00 AM
Selangor pilihan syarikat aeroangkasa luar teroka pelaburan sejak 2020
Selangor pilihan syarikat aeroangkasa luar teroka pelaburan sejak 2020

SHAH ALAM, 8 SEPT: Selangor menjadi pilihan syarikat aeroangkasa antarabangsa bagi meneroka potensi pelaburan dalam sektor itu, dengan peningkatan ketara sejak 2020.

Mengambil contoh Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Dato' Menteri Besar berkata ia boleh menempatkan sehingga 19 pengendali penerbangan perniagaan dan penerbangan am sayap tetap.

“Selain itu, terdapat 13 helikopter pengendali penerbangan am di situ dengan lebih 80 peratus adalah milik tempatan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap sempena pembukaan Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, yang disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, EXCO Pelaburan Dato' Teng Chang Khim dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato' Hasan Azhari Idris.

[caption id="attachment_539143" align="aligncenter" width="711"] Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC), Shah Alam pada 8 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin menambah lapangan terbang terbabit turut menjadi pusat pembaikan dan baik pulih (MRO) kapal yang dimiliki syarikat pengeluaran produk tulen (OEM), MRO Execujet.

“Kemudahan serantau ini (MRO) beroperasi menjelang suku ketiga tahun depan,” katanya.

Berlangsung dari 8 hingga 10 September, SAS 2022 disertai 63 pempamer dari Singapura, Brazil, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland, Nigeria, Czech Republik, United Kingdom dan Malaysia.

Antara syarikat mengesahkan penyertaan ialah Dassault Aviation, Systematic Aviation Services Sdn Bhd dan Superb Access Solutions Sdn Bhd.

Edisi pertama SAS pada 25 hingga 27 November tahun lalu menarik pelaburan sehingga RM100 juta dengan 12 MoU bersama subsektor industri aeroangkasa dimeterai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619