AGENDA

Negeri sasar RM1 bilion potensi nilai transaksi sempena Pameran Udara Selangor

8 Sep 2022, 9:40 AM
Negeri sasar RM1 bilion potensi nilai transaksi sempena Pameran Udara Selangor
Negeri sasar RM1 bilion potensi nilai transaksi sempena Pameran Udara Selangor
Negeri sasar RM1 bilion potensi nilai transaksi sempena Pameran Udara Selangor

SUBANG JAYA, 8 SEPT: Kerajaan Negeri menyasarkan potensi nilai transaksi RM1 bilion sepanjang tiga hari Pameran Udara Selangor (SAS) membabitkan pemeteraian 24 memorandum persefahaman (MoU) bersama subsektor industri aeroangkasa

EXCO Pelaburan Dato' Teng Chang Khim berkata unjuran itu lebih tinggi berbanding nilai transaksi diperoleh pada pameran tahun lepas iaitu RM100 juta dengan 13 MoU dimeterai merangkumi segmen perkhidmatan dan pembuatan.

[caption id="attachment_539174" align="alignleft" width="464"] EXCO Perdagangan dan Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim berucap ketika Majlis Perasmian Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC), Subang Jaya pada 8 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Dua daripada 24 MoU sudah ditandatangani ketika acara pembukaan pagi tadi membabitkan Selangor Aviation and Technology Innovations Sdn Bhd (Selati) dan Volar Air Mobility.

"Kita harap sasaran itu dapat dicapai pada hari terakhir SAS memandangkan RM800 juta sudah bersetuju untuk menandatangani MoU setakat ini (daripada 24 MoU). Sekiranya berjaya bererti pencapaian (nilai transaksi) adalah 10 kali ganda berbanding tahun lepas," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Systematic Aviation Services Sdn Bhd dan Giaan Group Sdn Bhd di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Chang Khim berkata pembukaan semula pintu sempadan negara pascapandemik Covid-19 mendorong lebih banyak penyertaan syarikat dan pempamer antarabangsa.

Menurutnya, sebanyak 14 negara mengambil bahagian dalam pameran kali ini termasuk Malaysia berbanding tujuh pada tahun lalu, manakala 40 pesawat statik dipamerkan kepada umum tahun ini berbanding 18 bagi tempoh sama.

"Daripada segi jumlah pengunjung, hampir 5,000 pelawat perdagangan mendaftar bagi menghadiri pameran pada hari pertama dan kedua manakala pendaftaran hari ketiga untuk orang awam lebih 10,000.

"Selain itu, sebanyak 63 pempamer turut serta dalam pameran kali ini dengan kesemua gerai sudah dipenuhkan berbanding 42 pempamer tahun lepas," katanya lagi.

Edisi kedua penganjuran SAS berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu dengan negara terlibat antaranya Singapura, Brazil, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland, Nigeria, Republik Czech dan United Kingdom.

[caption id="attachment_539108" align="aligncenter" width="709"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC), Shah Alam pada 8 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619