AGENSI

Petik buah, berkayak di Selangor Fruit Valley sempena cuti sekolah

7 Sep 2022, 2:59 AM
Petik buah, berkayak di Selangor Fruit Valley sempena cuti sekolah
Petik buah, berkayak di Selangor Fruit Valley sempena cuti sekolah

SHAH ALAM, 7 SEPT: Selangor Fruit Valley (SFV) di Batang Berjuntai antara lokasi unik di negeri ini yang boleh dikunjungi orang ramai sempena cuti sekolah.

Dato' Menteri Besar berkata ladang buah-buahan tropika itu memiliki suasana nyaman dan dipenuhi produk semula jadi, sesuai untuk keluarga menikmati alam.

Selain memetik sendiri buah-buahan, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan orang ramai juga boleh melawat taman rusa dan arnab, berkayak serta menaiki bot di Jeti Keranji.

"Kawasan SFV sangat besar dan berbaloi untuk pemandangan. Servis tram juga disediakan, boleh pusing-pusing sekitar sini sambil menghirup udara segar.

"Kalau penat, boleh minum air kelapa di sini yang memang segar. Tag saya bila sampai SFV nanti. Selamat bercuti!" katanya di Facebook hari ini.

SFV berkeluasan 646 hektar diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Selangor untuk memodenkan dan menjana sektor pertanian di negeri ini.

Antara tanaman yang menjadi pilihan adalah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan dan betik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619