AGENDA

Negeri sokong penuh perancangan MSN tingkat kecemerlangan sukan

6 Sep 2022, 1:23 PM
Negeri sokong penuh perancangan MSN tingkat kecemerlangan sukan

KLANG, 6 SEPT: Kerajaan Negeri menyokong dan memberi komitmen penuh setiap perancangan diatur Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor bagi memastikan kecemerlangan bidang itu.

Dato' Menteri Besar berkata kejayaan tidak hanya bergantung kepada atlet, jurulatih berpengalaman atau kemudahan mencukupi tetapi turut dipengaruhi komitmen tinggi semua pihak.

"Perkara ini perlu menjadi asas penting dalam meningkatkan lagi prestasi serta kegemilangan sukan di Selangor. Kerajaan Negeri sendiri sememangnya sentiasa memberi sokongan dan komitmen penuh dalam setiap perancangan yang diatur MSN," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau bercakap pada majlis penyerahan insentif kemenangan atlet Selangor di Sukan SEA Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan insentif kepada 24 atlet yang berjaya menyumbang pingat kepada Kontinjen Malaysia.

Pemain badminton beregu wanita M Thinaah, 24, mengetuai senarai dengan menerima RM23,000 susulan kejayaannya menyumbang dua pingat emas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619