AGENSI

Teater terbuka Masahoro Opu Raja Siti di Taman Tasik Shah Alam hujung minggu ini

6 Sep 2022, 8:09 AM
Teater terbuka Masahoro Opu Raja Siti di Taman Tasik Shah Alam hujung minggu ini
Teater terbuka Masahoro Opu Raja Siti di Taman Tasik Shah Alam hujung minggu ini

SHAH ALAM, 6 SEPT: Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) mempelawa orang ramai menonton persembahan Teater Perdana Negeri Selangor: Masahoro Opu Raja Siti (MORS) di Taman Tasik Shah Alam hujung minggu ini.

Teater karya dan arahan Sharul Titis dengan konsep pementasan terbuka di perkarangan Galeri Shah Alam dijadual bermula jam 8.30 malam dan terhad kepada 150 tempat.

“Pass masuk adalah dengan sumbangan. Hanya 150 pass disediakan untuk setiap pementasan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau WhatsApp di talian 010-841 7161,” menurut MTS di Facebook.

Menerusi hantaran sama, MTS memaklumkan MORS merupakan selingan dari sejarah Selangor mengenai OPU Raja Siti, iaitu wanita pertama yang menjadi Yang Di Pertuan Negeri Selangor sekitar 1723.

"Dalam sepakatan Raja-Raja ataupun Daeng-daeng dalam gelaran ketika itu, bagi keturunan Bugis, perlantikan ini berlaku selepas kemangkatan kekandanya Arong Pasarai iaitu Yang Di Pertuan Negeri Selangor yang pertama.

"Namun hal tersebut sangat ditentang oleh Daeng Mateko di atas sebab dendam dan kuasa. Atas kekuatan ketenteraan dan keperibadian Raja Siti itu sendiri, segala tentangan dapat di atasi," jelasnya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619