AGENSI

Rumah kedai lebih seabad di Kuala Selangor musnah terbakar

5 Sep 2022, 2:47 AM
Rumah kedai lebih seabad di Kuala Selangor musnah terbakar

SHAH ALAM, 5 SEPT: Lima unit rumah kedai dua tingkat berusia lebih 100 tahun di Pekan Lama Kuala Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian sekitar 5.15 pagi membabitkan dua premis kosong, kedai pakaian, tokong persendirian dan rumah burung layang-layang, lapor Berita Harian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.20 pagi dan menggerakkan 32 pegawai ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, kebakaran mulanya membabitkan dua lot kedai. Semua pemilik kedai tiada di tempat kejadian dan berada di rumah masing-masing," kata Pengarahnya Norazam Khamis.

Beliau berkata kerja memadam kebakaran oleh jentera dari balai Kuala Selangor, Tanjong Karang, Bestari Jaya, Sekinchan dan Sungai Besar masih dijalankan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Anggaran peratusan kemusnahan untuk kelima-lima rumah kedai itu adalah 80 peratus manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619