AGENSI

Penjaja sertai PLATS meningkat lebih 2,000 dalam tempoh sebulan

5 Sep 2022, 2:00 AM
Penjaja sertai PLATS meningkat lebih 2,000 dalam tempoh sebulan

SHAH ALAM, 5 SEPT: Seramai 16,565 peniaga dan penjaja kecil menyertai Platform Selangor (PLATS) untuk meluaskan rangkaian perniagaan setakat 31 Ogos lalu.

Peningkatan lebih 2,000 penyertaan berbanding 14,517 peniaga pada akhir Julai lalu itu dibantu gerak kerja dari duta Rakan Digital Selangor (RDS), kata agensi.

"Alhamdulillah sehingga 31 Ogos 2022, PLATS berjaya mendaftarkan seramai 16,565 peniaga di Platform PLATS dengan bantuan duta RDS yang turun kelapangan hampir setiap hari menjejaki peniaga-peniaga kecil di Selangor.

"Kepada semua peniaga di luar sana, anda juga boleh sertai PLATS kerana ianya percuma," katanya di Facebook.

Mereka yang berminat boleh terus daftarkan perniagaan masing-masing di http://www.platselangor.com atau boleh berhubung dengan pasukan khidmat pelanggan talian di 019-2018119.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan tahun ini pada April melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad, Rakan Digital Selangor dan 12 pihak berkuasa tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619