AGENSI

Usaha negeri disambut baik, lebih ramai nikmati air percuma

4 Sep 2022, 12:30 PM
Usaha negeri disambut baik, lebih ramai nikmati air percuma
Usaha negeri disambut baik, lebih ramai nikmati air percuma
Usaha negeri disambut baik, lebih ramai nikmati air percuma

PETALING JAYA, 4 SEPT: Orang ramai menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri memperluas skim air percuma 20 meter padu bagi meringankan beban rakyat termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40).

Suri rumah Nur Hidayah Mansor, 35, berkata usaha tersebut amat membantu terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat selain kenaikan harga barangan.

[caption id="attachment_538625" align="alignright" width="380"] Nur Hidayah Mansor. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Apabila adanya inisiatif ini, ia beri kelegaan kepada semua sama ada berpendapatan rendah mahu pun sederhana kerana lebih ramai rakyat terima manfaat.

"Jadi, saya harap permohonan untuk menyertai skim ini dipermudahkan," katanya kepada SelangorKini.

Pemandu van sekolah Nuriyan Mat Yon, 63, berkata beliau merupakan salah seorang penerima insentif tersebut sejak setahun lalu.

"Dengan adanya skim ini, bayaran bulanan air lebih rendah dan saya hanya perlu membayar kurang daripada RM30.

[caption id="attachment_538626" align="alignleft" width="380"] Nuriyan Mat Yon. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Bagaimanapun, masih ada jiran-jiran yang belum mendaftar kerana ada sebahagian daripada mereka menyewa. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat membantu proses pendaftaran," katanya.

Pada 30 Ogos, Dato’ Menteri Besar mengumumkan kira-kira 100,000 lagi akaun pengguna bakal menikmati skim air percuma 20 meter padu dengan kos lebih RM30 juta dibayar sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan tambahan itu berikutan had minimum pendapatan yang layak menerima manfaat tersebut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619