AGENDA

Suami isteri warga asing ditahan cabul, ugut bunuh remaja 12 tahun

4 Sep 2022, 5:41 AM
Suami isteri warga asing ditahan cabul, ugut bunuh remaja 12 tahun

SHAH ALAM, 4 SEPT: Sepasang suami isteri warga asing ditahan polis selepas didakwa mencabul remaja perempuan berusia 12 tahun manakala isterinya mengugut untuk membunuh mangsa.

Ketua polis daerah Ampang Jaya berkata bapa remaja terbabit membuat laporan Jumaat lalu selepas mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal selama sebulan, lapor The Star.

“Pengadu beritahu kami anak perempuannya dicabul secara fizikal oleh lelaki dari Myanmar yang dikenali mereka.

“Isteri pengadu menerima ugutan daripada isteri suspek. Dia diberitahu anak perempuannya akan dibunuh kerana gadis itu mengganggu suspek,” kata Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Tambah beliau buruh itu juga dikatakan mengintai remaja terbabit beberapa kali ketika mandi kerana kesemua mereka tinggal di rumah kedai bersama beberapa penyewa lain dan berkongsi bilik air.

Menurutnya, sepasukan polis menyerbu rumah kedai di Taman Putra dan menahan suspek yang merupakan pemegang kad UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) manakala isterinya warga Indonesia bekerja sebagai pembantu kedai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619