AGENDA

Sultan Selangor kagum reka bentuk bangunan Museum Of The Future

4 Sep 2022, 3:24 AM
Sultan Selangor kagum reka bentuk bangunan Museum Of The Future
Sultan Selangor kagum reka bentuk bangunan Museum Of The Future

SHAH ALAM, 4 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat Museum Of The Future yang terletak di Financial District, Dubai, UAE baru-baru ini.

Selangor Royal Office menerusi Facebook mamaklumkan lawatan berkenaan diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Selangor bertitah Baginda amat kagum dan tertarik dengan reka bentuk luar bangunan muzium berkenaan yang dilengkapi kaligrafi puisi nukilan Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

[caption id="attachment_538563" align="aligncenter" width="500"] Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tekun mendengar penerangan ketika lawatan ke Museum Of The Future yang terletak di Financial District, Dubai, UAE baru-baru ini, Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Bahagian dalam bangunan setinggi tujuh tingkat menempatkan ruang pameran untuk ideologi inovatif, interaktif dan futuristik serta menampilkan kecerdasan buatan. dibuka secara rasmi pada 22 Februari tahun ini.

Antara nukilan yang menarik perhatian Baginda adalah: “We won't live for hundreds of years, but we can create something that will last for hundreds of years.”

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619