ADN

Wakil rakyat beri kata semangat kepada atlet perahu layar Selangor

4 Sep 2022, 2:56 AM
Wakil rakyat beri kata semangat kepada atlet perahu layar Selangor

SHAH ALAM, 4 SEPT: Wakil rakyat Tanjong Sepat meluangkan masa bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada atlet perahu layar kontinjen Majlis Sukan Sekolah Selangor di Pantai Batu Laut semalam.

Borhan Aman Shah turut mendoakan atlet muda perahu layar Selangor itu beroleh kejayaan dalam Kejohanan Pelayaran MSSM 2022 yang akan berlangsung di Port Dickson nanti.

Malah, beliau juga bercadang memberi sumbangan wang tunai kepada atlet berkenaan sekiranya berjaya mengharumkan nama Selangor dalam kejohanan itu.

"Kita mesti menang, balik berjaya kita akan bincang dengan pihak Persatuan Sukan Layar Selangor dan jurulatih untuk beri sedikit sumbangan wang tunai kepada adik-adik.

"Terima kasih memberi peluang bertemu atlet-atlet muda Selangor dan ibu bapa bagi memberi motivasi untuk membangkitkan semangat kepada anak-anak yang akan ke kejohanan itu nanti," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619