AGENDA

Enam juta ditawar perlindungan insurans, inisiatif dinanti golongan susah

2 Sep 2022, 11:55 PM
Enam juta ditawar perlindungan insurans, inisiatif dinanti golongan susah

SHAH ALAM, 3 SEPT: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyifatkan inisiatif Selangor menyediakan perlindungan insurans kepada enam juta rakyatnya amat dinantikan terutama golongan susah.

Timbalan Setiausaha Agungnya Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) membantu golongan susah yang selama ini tidak berkemampuan memiliki insurans akibat desakan hidup, lapor portal The Rakyat Insight.

“Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang perubatan, saya amat memahami kepentingan insurans dalam kehidupan, tanpa insurans ia juga sukar terutamanya melibatkan kos perubatan tinggi apabila terjadi kemalangan luar jangka.

“Ada pesakit mengadu kepada saya terpaksa membatalkan insurans kerana kekangan kewangan disebabkan kos sara hidup semakin meningkat, bilangan ahli keluarga ramai serta gaji tidak mencukupi,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Sathia yang membuka klinik SP Care di Rawang berkata syarat untuk memohon insurans juga amat mudah dan senang tanpa birokrasi iaitu hanya perlu lahir atau pengundi di negeri ini.

"Saya sangat gembira dan mengalu-alukan inisiatif serta usaha di bawa Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

“Kerajaan Selangor amat menghargai nyawa setiap rakyatnya dan ianya sungguh membanggakan. Inilah juga saat bermakna ketika kita sedang menyambut kemerdekaan kita,” katanya.

Pada 30 Ogos, Amirudin memaklumkan seramai enam juta rakyat bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Ditawarkan kepada penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun, inisiatif INSAN bertujuan membantu meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.

Dato’ Menteri Besar berkata setiap individu menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis. Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu boleh didaftar mulai 1 Oktober ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619