AGENDA

Ibu disyaki dera bayi hingga mati dituduh di mahkamah Isnin depan

2 Sep 2022, 9:36 AM
Ibu disyaki dera bayi hingga mati dituduh di mahkamah Isnin depan

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Seorang wanita warga tempatan yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan baru-baru ini, akan dituduh di Mahkamah Ampang, di sini Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis sedang giat mengesan seorang lagi individu yang masih bebas iaitu suami suspek, Mohamad Ruzem yang merupakan warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Sabtu lepas, pegawai perubatan Hospital Tunku Azizah telah menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan namun telah disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang Isnin lepas.

Hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian paha kanan dan kening mangsa, disyaki berlaku unsur penderaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619