AGENDA

Cabaran Malaysia terhenti di suku akhir Terbuka Jepun

2 Sep 2022, 8:31 AM
Cabaran Malaysia terhenti di suku akhir Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 berakhir pada peringkat suku akhir selepas baki tiga wakil beregu negara tewas dalam perlawanan menentang lawan masing-masing di Arena Maruzen Intec, Osaka, hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China terbukti terlalu hebat dan sukar ditandingi pasangan beregu utama negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Pasangan China nombor empat dunia itu menang 21-16, 21-15 menentang pemain nombor 12 dunia, Kian Meng-Pei Jing pada peringkat suku terakhir.

Satu lagi pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei turut berdepan nasib serupa di tangan juara dunia tiga kali dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Pemain nombor dua dunia dari China itu memenangi perlawanan dengan mudah 21-13, 21-10 selepas bertarung selama 26 minit.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan profesional Yew Sin-Teo Ee Yi tewas 21-17, 17-21, 13-21 kepada Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dari Korea Selatan. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619