AGENDA

Terima ugutan peminat fanatik badminton, pengulas sukan lapor polis

1 Sep 2022, 12:37 AM
Terima ugutan peminat fanatik badminton, pengulas sukan lapor polis

SHAH ALAM, 1 SEPT: Seorang pengulas sukan stesen televisyen swasta membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara.

Ketua polis daerah Shah Alam berkata lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira jam 1 pagi semalam, lapor Berita Harian.

"Pengadu itu menerima mesej melalui laman Instagram 'antimediababi' yang berbaur ugutan pada 27 Ogos lalu.

"Pengadu membuat laporan polis kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada dia sekeluarga," kata Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Menurut beliau siasatan awal mendapati pengulas sukan berkenaan menyentuh mengenai kemerosotan pemain badminton negara, Lee Zhi Jia ketika mengulas dalam rancangan Nindia Pak Long.

"Kes diklasifikasikan mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia.

"Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Hadi di talian 016-2745515," kata Mohd Iqbal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619