AGENDA

MBI lancar program tingkat prestasi pelajar SPM guna aplikasi e-tuisyen

31 Ogos 2022, 1:00 PM
MBI lancar program tingkat prestasi pelajar SPM guna aplikasi e-tuisyen
MBI lancar program tingkat prestasi pelajar SPM guna aplikasi e-tuisyen

SEPANG, 31 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI melancarkan program pengupayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 menggunakan aplikasi e-tuisyen.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebagai permulaan 50 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SMKPP) dipilih menjayakan program berkenaan.

“Program dengan kerjasama MindAppz Sdn Bhd ini merangkumi pembelajaran dalam talian yang komprehensif daripada pelbagai sudut seperti video tuisyen, soalan peperiksaan dan latih tubi.

“Sekolah ini merupakan yang pertama dengan memilih 50 pelajarnya. Kita akan semak kejayaan pada program ini dan jika beri perubahan dan dampak positif ia diadakan di kawasan lain.

“Selain program ini, pelajar juga menerima sim kad Data Internet Selangor untuk kemudahan mengakses,” katanya selepas melancarkan program berkenaan di Dewan Komuniti Putra Perdana di sini.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan cek cura Data Internet Selangor kepada Pengetua SMKPP Wan Zuriah Wan Mat Yatim.

[caption id="attachment_538074" align="aligncenter" width="703"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (empat, kanan) menyerahkan cek cura Data Internet Selangor kepada Pengetua (SMKPP) Wan Zuriah Wan Mat Yatim (tiga, kanan) sempena pelancaran program pengupayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Dewan Komuniti Putra Perdana, Sepang pada 31 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619