AGENDA

Veteran tentera terharu terima bantuan, pesan hargai nikmat merdeka

31 Ogos 2022, 9:29 AM
Veteran tentera terharu terima bantuan, pesan hargai nikmat merdeka
Veteran tentera terharu terima bantuan, pesan hargai nikmat merdeka
Veteran tentera terharu terima bantuan, pesan hargai nikmat merdeka

GOMBAK, 31 OGOS: Seramai tujuh veteran tentera di Kampung Sungai Tua di sini menerima cenderamata dan sumbangan barangan keperluan asas daripada Dato' Menteri Besar menerusi Siri Jelajah Kasih Semarak Merdeka, hari ini.

Pesara tentera Amir Sutan Habib Mohamad, 76, terharu dengan kunjungan Dato' Seri Amirudin Shari dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang pernah menjaga keselamatan negara.

[caption id="attachment_538053" align="alignright" width="438"] Pesara Tentera, Amir Sutan Habib Mohamad, 76[/caption]

“Kami bukan minta dihargai atau disanjung, cuma kami berharap nasib kami lebih terbela.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin dan sudi menjenguk dan mengambil berat keadaan kami,” katanya yang kini menderita penyakit buah pinggang.

Sementara itu, Veteran tentera komando Nordin Hashim, 74, berpesan kepada rakyat khususnya golongan muda untuk terus mengekalkan keharmonian antara kaum dan sentiasa bersyukur dengan nikmat hidup dalam sebuah negara yang merdeka.

[caption id="attachment_538052" align="alignleft" width="398"] Pesara Tentera, Nordin Hashim, 74[/caption]

Beliau berkata Malaysia banyak berubah selepas mencapai kemerdekaan pada 1957 dengan pembangunan dan ekonomi yang semakin pesat.

"Bersyukur dengan apa yang kita sudah kecapi kerana tidak semua rakyat dan negara lain memilikinya.

“Jadi, hargailah nikmat merdeka ini. Jangan sampai ia tergadai kepada pihak yang berkepentingan,” katanya

yang pernah bertugas menjaga keselamatan negara pada 1960-an.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619