AGENDA

Zii Jia tersingkir awal saingan terbuka Jepun, terkandas di pusingan ketiga

31 Ogos 2022, 7:19 AM
Zii Jia tersingkir awal saingan terbuka Jepun, terkandas di pusingan ketiga

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Hasrat jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengubati kekecewaannya pada Kejohanan Badminton Dunia minggu lepas tidak kesampaian selepas tewas seawal pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini.

Pada perlawanan berlangsung di Maruzen Intec Arena di Osaka itu, Zii Jia gagal dalam misi untuk bangkit apabila tewas kepada pemain bukan pilihan dari India, Srikanth Kidambi menerusi kekalahan straight set 20-22, 21-23 dalam tempoh 38 minit.

Pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, cabaran Zii Jia terkandas di pusingan ketiga.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Srikanth yang berada di ranking ke-14 dunia berjaya merapatkan rekod kemenangan 1-2 sepanjang tiga pertemuan berdepan Zii Jia yang kini menghuni ranking keempat dunia.

Pada pusingan kedua, Srikanth dijangka bertemu pemain Taiwan, Wang Tzu Wei atau pemain Jepun, Kanta Tsuneyama yang akan bertemu dalam pusingan pertama hari ini.

Sementara itu, pertemuan membabitkan dua pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Chan Peng Soon-Cheah Yee See berakhir dengan keputusan 21-10, 21-14.

Kian Meng-Pei Jing akan bertemu beregu Taiwan, Yang Po-hsuan-Hu Ling Fang pada pusingan kedua. - BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619