AGENDA

Enam juta rakyat Selangor dapat perlindungan insurans RM10,000

30 Ogos 2022, 3:51 PM
Enam juta rakyat Selangor dapat perlindungan insurans RM10,000

SHAH ALAM, 30 OGOS: Enam juta rakyat Selangor bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Ditawarkan buat penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun, inisiatif Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bagi membantu meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.

Menurut Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

"Dengan perlindungan ini, hanya dua syarat yang perlu dipenuhi iaitu lahir di Selangor atau menjadi pengundi di Selangor. Salah satu daripada syarat ini dipenuhi, saudara layak dilindungi.

"(Usaha ini) demi menjamin kehidupan bermartabat, harga diri dan nyawa rakyat Selangor dengan nilai gantian bagi setiap kehilangan nyawa akibat kemalangan," katanya pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Beliau memaklumkan skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion boleh didaftar mulai 1 Oktober ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619