AGENSI

Kuis: Tindakan segera senggara longkang elak banjir kilat berulang

30 Ogos 2022, 1:27 PM
Kuis: Tindakan segera senggara longkang elak banjir kilat berulang

SHAH ALAM, 30 OGOS: Proses penyenggaraan dan pembersihan longkang di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dilaksanakan bagi mengelak banjir kilat sekiranya hujan lebat berpanjangan.

Kuis memaklumkan langkah segera tersebut diambil hasil perbicangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) Dato' Seri Ir Dr Zaini Ujang hari ini.

"Kunjungan ketua setiuasaha Kasa diadakan bagi membuat penilaian terhadap punca banjir kilat yang berlaku antaranya di kawasan kediaman pelajar, bangunan pentadbiran, Masjid Al-Azhar dan padang (kawasan rendah).

"Hasil perbincangan tersebut, beberapa cadangan diambil kira antaranya penyelenggaraan dan pembersihan segera longkang di seluruh kawasan kampus untuk mengelakkan kejadian sama berulang," katanya menerusi Facebook.

Semalam, banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuis susulan hujan berterusan sepanjang petang. Antara lokasi terjejas ialah parkir bangunan pentadbiran, Masjid Al-Azhar, kediaman pelajar dan beberapa kawasan rendah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619