AGENDA

Selawat, persembahan artis tarikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri

30 Ogos 2022, 2:00 AM
Selawat, persembahan artis tarikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri

SHAH ALAM, 30 OGOS: Dato' Menteri Besar mempelawa warga Selangor ke acara sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelbagai program disediakan kepada pengunjung termasuk selawat dan munajat bersama Habib Ali Zaenal Abidin.

"Antara tarikan menarik adalah selawat dan munajat bersama Habib Ali Zaenal Abidin bermula pada jam 4.45 petang.

"Persembahan bunga api dan pelbagai aktiviti lain untuk seisi keluarga dan semua golongan," katanya menerusi Facebook.

Dalam sambutan itu, Amirudin dijangka mengumumkan berita gembira untuk warga Selangor bagi membantu rakyat berdepan cabaran ekonomi dan inflasi.

Selain itu, penyanyi terkenal Black Hanifah dan Ernie Zakri antara selebriti yang bakal memeriahkan program disamping beberapa persembahan lain antaranya tarian pelbagai bangsa dan nyanyian koir.

Turut diadakan persembahan kawad senyap dan tempur tanpa senjata, perarakan Anak Harapan Selangor serta jualan makanan.

Tahun ini, Selangor memilih tema Kita Selangor Teguh Bersama yang membawa maksud kebersamaan dan keberanian rakyat di pelbagai peringkat dalam menghadapi cabaran melanda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619