AGENDA

Sultan, Permaisuri zahir takziah pemergian Tengku Dato' Seri Muhamad Mazlan

28 Ogos 2022, 1:33 PM
Sultan, Permaisuri zahir takziah pemergian Tengku Dato' Seri Muhamad Mazlan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tengku Dato' Seri Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pemergian kenalan baginda yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara, IJN pada usia 64 tahun.

"Baginda berdua terkejut dengan berita pemergian Allahyarham dan berkenan mengutus salam takziah kepada balu Allahyarham, Datin Seri Nor Zila Malek, keluarga dan waris.

"Di atas jasa dan bakti Allahyarham, pada tahun 2018, baginda telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) kepada Allahyarham," menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office.

Baginda berdua turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619