AGENDA

Piala Budak Kampung diperluas ke daerah, cungkil bakat sukan akar umbi

28 Ogos 2022, 12:00 PM
Piala Budak Kampung diperluas ke daerah, cungkil bakat sukan akar umbi
Piala Budak Kampung diperluas ke daerah, cungkil bakat sukan akar umbi

SHAH ALAM, 28 OGOS: Kejohanan Piala Budak Kampung yang dianjurkan untuk pemain amatur bola sepak dan bola jaring untuk menunjukkan bakat diperluas ke seluruh daerah, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata inisiatif tersebut antara usaha untuk mencungkil pelapis baharu yang boleh ditampilkan untuk beraksi di peringkat lebih tinggi dan profesional.

"Dalam kejohanan ini ada pencari bakat yang datang untuk menilai kebolehan pemain, jadi peserta boleh membuktikan kemampuan mereka dengan beraksi sebaiknya.

"Kita rancang untuk anjurkannya lagi dan perluas ke daerah lain, mungkin di Sabak Bernam ada pasarannya sendiri…begitu juga dengan Sepang," katanya selepas merasmikan Piala Budak Kampung di Eco Ardence Football Arena di sini, semalam.

Mohd Khairuddin berkata kejohanan itu mendapat sambutan mengalakkan dengan penyertaan 95 pasukan bola sepak dan 40 pasukan bola jaring dari sembilan daerah.

"Kejohanan ini memberi ruang kepada pemain dari taman perumahan atau kampung yang tidak berpeluang bermain di liga profesional untuk menunjukkan bakat.

"Kita sebenarnya merancang menganjurkannya pada 2020 tetapi ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19, jadi mula tahun ini dan sambutannya cukup mengalakkan," katanya.

[caption id="attachment_537596" align="aligncenter" width="500"] EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman merasmikan Kejohanan Piala Budak Kampung di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam pada 27 Ogos 2022. Foto Ihsan Pejabat EXCO Sukan[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619